Aku ingin jadi seorang perempuan yang cantik.
Aku ingin cantikkan akalku dengan ilmu yang bermanfaat.
Aku ingin cantikkan hatiku dengan iman dan takwa kepada Allah semata-mata.
Aku ingin cantikkan hatiku dengan rasa cinta yg utama pada Allah dan mencintai kerana Allah.
Aku ingin cantikkan tubuh badanku dengan tutupan kain yang longgar dan tebal.
Aku ingin cantikkan mataku dengan menundukkan pandangan.
Aku ingin cantikkan bibirku dengan tutur kata yang sopan dan banyakkan zikrullah.
Aku ingin cantikkan wajahku dengan perasaan malu dan senyuman.
Aku ingin cantikkan langkah kakiku dengan mengunjungi tempat ibadah dan majlis-majlis ilmu.
Aku ingin cantikkan kulitku dengan mandi wajib dan wudhu' yang sempurna.
Aku ingin cantikkan rambutku dengan litupan kain tudung yang labuh.
Aku ingin cantikkan jari jemariku dengan menghulurkan sedekah jariah.
Aku ingin cantikkan telingaku dengan mendengar alunan ayat-ayat suci Allah.
Aku ingin cantikkan tangan dan kakiku dengan taat dan bekerja kerana Allah.
Aku ingin cantikkan perutku dengan puasa dan memakan makanan yang halal dan berkhasiat.
Aku ingin cantikkan akhlakku dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Aku ingin cantikkan sentuhanku dengan menyentuh hanya yang halal.
Aku ingin cantikkan suaraku dengan tidak mendayu-dayukan ia di hadapan lelaki bukan muhrim.
Aku ingin cantikkan pandanganku dengan mengambil iktibar atas setiap pandangan.
Aku ingin cantikkan amarahku dengan niat kerana Allah.
Aku ingin cantikkan ketegasanku dengan kelembutan.
Aku ingin cantikkan kepimpinanku dengan kejujuran.
Aku ingin cantikkan persaudaraanku dengan keikhlasan.
Aku ingin cantikkan rinduku dengan titipan doa yang tulus ikhlas.
Aku ingin jadi seorang perempuan yang cantik.
Semoga Allah mengizinkan, ameen.
Walaupun dari segi lahiriah dan fizikalnya aku tak cantik ( ana qobih = hodoh +selekeh+serabai+comot!! ) i know who I am.
Tapi biarlah aku jadi seorang yang cantik hanya di mata Allah.
Ameen Ya Allah. izinkan aku Ya Allah.
Sekiranya aku tak layak. maafkan aku Ya Allah. maafkan aku Ya Allah. maafkan aku Ya Allah.
Aku betul-betul ingin berubah. mengejar cinta-Mu yang hakiki.
Ya Allah...wlaupn aku xcantik dmata manusia, ckuplah skadar cantik dhadapan-Mu :)
ameen ya rahman. ameen ya rahim. ameen ya mujib. ameen ya alim.
0 komentar:
Posting Komentar