Allah taala telah berfirman, ertinya: “dan jangan kamu hampiri zina, kerana sesungguhnya zina adalah keji (fahisyah), dan jalan yang buruk.” (al-Isra’, 32)
Kata Ibnu Hajar al-Haitami: fahisyah adalah maksiat yang paling buruk. Fahisyah adalah merujuk kepada buruk pada pandangan akal, dan ‘jalan yang buruk’ merujuk kepada keburukan pada adat kebiasaan manusia.
Firman-Nya lagi, ertinya: “dan orang-orang yang tidak menyeru tuhan selain daripada Allah, dan tidak membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, dan tidak berzina. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut akan menemui ‘atham’ dan digandakan azab untuknya pada hari kiamat, dan kekal dalam keadaan hina di dalamnya, melainkan orang yang bertaubat dan beramal soleh, maka merekalah yang digantikan keburukan mereka dengan kebaikan, dan Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani. (al-Furqan, 68-70)
Sebahagia ulama berkata, maksud ‘atham’ ialah satu daripada nama-nama neraka jahannam, sebahagian ulama mengatakan maknanya ialah satu lembah di dalam jahannam, ada ulama mengatakan itu ialah nama sebuah perigi di dalamnya.
Firman Allah lagi, ertinya: “penzina lelaki dan perempuan hendaklah disebat tiap seorang daripada mereka seratus sebatan. Dan jangan kamu merasa belas kasihan di dalam melaksanakan hukuman agama Allah jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah hukuman yang dijalankan itu dilihat oleh sebahagian orang-orang Islam. (an-Nur, 52)
Larangan berbelas kasihan kepada mereka kerana mereka melakukan dosa yang paling besar selepas membunuh. Kerana itulah Allah telah menyebut zina seiring dengan syirik dan bunuh di dalam ayat di atas. (al-Furqan, 68-70)
Allah memerintahkan supaya hukuman sebat dijalankan di hadapan khlayak ramai supaya orang lain akan merasa takut disebat dan tidak akan melakukan zina.
Kata para ulama: barangsiapa yang berzina kemudian mati tanpa dihukum sebat dan tidak bertaubat, akan di azab dengan cemeti yang dibuat daripada api, sebagaiman ditulis di dalam kitab Zabur bahawa para penzina akan digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka dan dipukul kemaluan mereka dengan cemeti besi. Apabila mereka minta tolong dihentikan pukulan itu, malaikat akan berkata, “di manakah suara ini, sedangkan kamu dulu ketawa dan gembira. tidak merasakan Allah melihat kamu dan tidak malu kepada-Nya.”
Firman Allah taala di dalam surah al-Mu’minun, ertinya: “Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman (1), (mereka ialah) orang yang khusyuk di dalam solat mereka (2), orang yang meninggalkan perkara sia-sia (3), orang yang menunaikan zakat (4), orang yang memelihara kemaluan mereka (5), kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hamba-hamba mereka, maka sesungguhnya mereka tidak dicela, (6) maka sesiapa yang mencari selain itu (isteri dan hamba perempuan), merekalah orang yang melampaui batas. (7)
Maksud “selain itu” ialah zina, liwat, dan megeluarkan mani dengan tangan.
Sambungan ayat di atas ialah: “dan orang yang menjaga amanah mereka (8), dan orang yang menjaga solat mereka (9), mereka ialah para pewaris (10), yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya (11).
Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam, ertinya: “tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan pada hari qiamat, dan tidak membersihkan mereka, dan tidak memandang kepada mereka: orang yang tua yang berzina, pemerintah yang menipu dan orang miskin yang sombong.” (Muslim, Ahmad, Nasai)
“Tidak akan masuk syurga orang miskin yang sombong, orang tua yang berzina dan orang yang mengungkit-ungkit amalan baiknya kepada Allah.” (At-Tabarani)
“Sesungguhnya para penzina akan menyala api di mukanya.” (At-Thbarani)
“Nabi (saw) bercerita bahawa beliau melihat di dalam mimpinya lelaki dan perempuan yang telanjang berada di dalam tempat yang seperti dapur yang sempit bahagian atasnya dan luas bahagian bawahnya. Api datang dari bawah mereka lalu mereka menjerit kesakitan. Apabila ditanya mengenai mereka dua lelaki yang bersamanya menjawab bahawa mereka ialah para penzina. (Al-Bukhari)
“Zina a kan meyebabkan kemiskinan.” (Baihaqi)
“Umatku sentiasa berada di dalam kebaikan selagi tidak berleluasa perbuatan zina, apabila banyak berlaku zina hampirlah Allah akan mengumumkan mereka dengan azab.” (Ahmad)
“Selepas syirik, tidak ada dosa yang lebih besar daripada memasukkan air mani ke dalam rahim yang tidak halal.’ (Ibnu Abid Dunya))
“Umatku sentiasa dalam keadaan baik, urusan mereka tenteram selagi tidak ramainya anak zina.” (Abu Ya’la)
“Apabila nyata perbuatan zina, akan nyatalah kefakiran dan kemiskinan.” (al-Bazzar)
“Tidaklah zahir fahisyah (zina) di dalam satu kaum melainkan Allah akan menjadikan kematian menguasai mereka.” (al-Hakim)
“Tidaklah zahir fahisyah (zina) di dalam satu kaum sekali-kali sehingga mereka dilaknat, melainkan akan tersebar penyakit taun di kalangan mereka, dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada pada umat sebelum mereka.” (Ibnu Majah)
“Di dalam jahannam terdapat sebuah lembah yang terdapat banyak ular. Setiap ekor ular adalah sebesar leher unta. Ia mematuk orang yang meninggalkan solat sehingga mendidih bisanya di dalam badan orang itu selama tujuh puluh tahun, kemudia akan gugur dagingnya. Dan sesungguhnya di dalam neraka jahannam ada sebuah lembah bernama ‘Lubang Kesedihan’ yang mengandungi ular-ular dan kala jengking. Kala jengkingnya sebesar baghal yang mempunyai tujuh puluh sengat. Pada setiap sengat ada racun. Ia menyengat penzina dan melepaskan bisanya di dalam tubuh penzina tersebut yang ia dapat merasakan kesakitan bisa itu seribu tahun, kemudian bercerai-berai dagingnya, dan megalir nanah dan danur daripada kemaluannya.” (Zawajir)
“Sesiapa yang meletakkan tangannya dengan bernafsu pada seorang perempuan yang tidak halal baginya akan diikat dua tangannya ke lehernya pada hari kiamat. Jika ia menciumnya akan dipotong bibir mulutnya di dalam neraka. Jika ia berzina dengannya pahanya akan bercakap dan menjadi saksi perzinaannya pada hari kiamat. Pahanya akan berkata: aku melakukan perkara yang haram. Lalu Allah akann memandang kepadanya dengan murka maka gugurlah daging mukanya. Ia menafikannya dan berkata: aku tidak berzina. Lidahnya akan berkata aku berkata dengan perkara yang haram. Tangannya berkata: aku memegang perkara yang haram, matanya berkata: aku memandang perkara yang haram. Kakinya berkata: aku berjalan kepada yang haram. Kemaluannya berkata: aku melakukannya (zina). Kata malaikat hafazah: aku melihat. Kata malaikat yang lain: aku menulis. Firman Allah: Aku melihat dan aku sembunyikan. Firman Allah: Wahai malaikat-Ku tangkaplah dia, Rasakan kepadanya azab-Ku. Aku amat murka kepada orang yang kurang merasa malu kepada-Ku.” (Zawajir)
“Sesiapa yang berzina denga isteri orang lain, kedua-duanya akan diazab di dalam kubur dengan setengah azab keseluruhan umat ini. Pada hari kiamat pahala si penzina itu akan diberikan kepada suami wanita itu. Ini sekiranya suaminya tidak mengetahui perbuatan zinanya. Sekiranya ia tahu dan mendiamkan diri Allah akan mengharamkan syurga kepadanya suaminya, kerana di atas pintu syurga ditulis ‘kamu haram dimasuki dayus’” (Zawajir)
Dayus ialah suami yang mengetahui isterinya melakukan zina tetapi ia mendiamkannya dan tidak merasa cemburu.
“Jika seorang lelaki berzina dengan sepuluh orang perempuan lebih ringan daripada ia berzina dengan isteri jirannya.” (Ahmad)
“Orang yang berzina dengan isteri jirannya, Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkannya. Allah akan berfirman kepadanya: masuklah neraka bersama orang lain yang masuk.” (Ibnu Abid Dunya)
“Sesiapa yang duduk di atas tempat tidur perempuan yang suaminya tiada di rumah Allah akan melepaskan seekor ular kepadanya pada hari kiamat.”(Tabarani)
Kata Syaikh Ibnu Hajar di dalam kitab Az-Zawajir aniqtirafil Kaba’ir: Zina mempunyai beberapa peringkat: Zina dengan perempuan asing yang tidak bersuami adalah dosa besar. Lebih besar dari itu ialah zina dengan perempuan asing yang bersuami. Lebih besar dari itu ialah zina dengan perempuan mahram. Zina orang yang telah berkahwin adalah lebih besar dosanya dariapada zina orang yang belum berkahwin. Zina orang tua adalah lebih besar dosanya daripada zina orang muda.
Segala dosa akan digandakan mengikut tempat dan waktu digandakan pahala, seperti hari Jumaat, bulan Ramadhan dan di Tanah Haram Makkah. Zina pada waktu dan tempat ini juga akan digandakan azab melebihi selainnya.
azab
0 komentar:
Posting Komentar