Rabu, 23 November 2011

KISAH DUA ORANG MUSAFIR

Lepas ngaji

Man, kamu hafal ayat-ayat Al-Quran ini, kemudian ada tak yang kamu lupa?” tanya seorang kenalan.

Biasalah Mie, dah nama pun manusia, ada juga yang aku lupa. Kenapa Mie?” terang Man.

Aku ada dengar satu hadith nabi yang mana, siapa lupa ayat-ayat yang dia sudah hafal adalah berdosa besar, sebab itu aku takut nak hafal ayat Al-Quran banyak-banyak. Sikit cukuplah asalkan kekal,” kata Mie.

Ya, aku pun pernah dengar dahulu, tetapi persepsi aku sudah berubah setelah berdiskusi dengan seorang pakcik, dia ada memetik kata-kata Sheikh Yusuf al-Qardawi,” jelas Man.

Hadis yang menyatakan: Sebesar-besar dosa umatku ialah dosa orang yang hafal Quran kemudian lupa, adalah Dhaif dan menakutkan orang menghafal Quran – Yusuf Qardawi.

……………………………………………

Kisah Dua Orang Musafir.

Musafir

Kisah dua orang musafir adalah pemisalan antara orang yang menghafal Al-Quran dan orang yang tidak menghafalnya. Orang yang sentiasa menghafal Al-Quran dapat digambarkan sebagai seorang musafir jauh yang mana perlu tiba ke destinasinya dengan cepat. Maka dia akan membekali dirinya dengan makanan yang cukup dan tersedia masak. Sehingga bila musafir itu terasa lapar, lalu dicapainya bekalan yang tersedia masak itu tanpa perlu dia berhenti walau seketika. Maka dengan cara ini, dia dapat tiba ke destinasinya dengan cepat.

Adapun bagi orang yang tidak menghafal Al-Quran, digambarkan juga sebagai seorang musafir yang hala tujuannya adalah sama seperti musafir di atas. Namun, bekalan yang dibawa adalah bekalan mentah yang mana dia perlu mempersiapkan makanannya itu (dengan memasak dan sebagainya) sebelum boleh dimakan. Jadi, apabila dia lapar maka dia perlu berhenti untuk mempersiapkan makanannya itu. Dengan itu perjalanan dia akan lewat setiap kali dia lapar dan berhenti untuk makan.

Demikianlah analogi bagi orang-orang yang menghafal Al-Quran dengan yang tidak.

Orang-orang yang menghafal Al-Quran, dia boleh membacanya sepanjang hari tanpa mengganggu mahupun mencacatkan rutin kerja harian yang lain. Dengan itu, Allah mengizinkan para penghafal Al-Quran untuk membaca dan mengalunkan kalam-kalam agung di mana saja dia berada dan di setiap ketika. Dia boleh mengalunkannya ketika berkenderaan, berjalan, melakukan aktiviti harian seperti memasak, di dalam solat mahupun di luar solat.

Bagi orang yang kurang hafalannya pula, dia memerlukan masa untuk membersihkan diri, berwudhu’ dan kitab Al-Quran ketika dia ingin membacanya. Dan dia perlu mengambil waktu dengan duduk di hadapan mushaf Al-Quran untuk membacanya tanpa boleh membacanya sambil berkenderaan, berjalan mahupun ketika melakukan aktiviti seharian. Dengan itu ia akan membataskan segala kerja-kerja seharian yang lain sehingga lewatlah sebahagian waktunya yang lain.

Oleh kerana itu, para pembaca Al-Quran dan penuntut ilmu, marilah untuk kita sama-sama berusaha memperbaiki ilmu tajwid kita disamping memperbanyakkan koleksi hafalan kalam-kalam agung dari Allah. Kerana dapat dilihat, dengan menghafal Al-Quran ini dapat memberi banyak manfaat kepada diri sendiri dan juga ummat Islam yang lainnya memandangkan masa yang dikurniakan Illahi ini dapat digunakan seoptimum yang mungkin.

……………………………………………

recite quran

Aus : “Man, kenapa kau beriya-iya hafal Quran ni?

Man : “Persiapan untuk aku nikah nanti. Untuk aku bina baitul-muslim dan baitul-dakwah.

Aus : “Apa kaitan nikah dengan hafal Quran?

Hendaklah menjadi imam orang yang paling banyak menghafaz Al-Quran atau paling baik (tajwid) bacaannya di kalangan kamu. (Hadith riwayat Ahmad)

Man : “Bila sudah nikah nanti, ‘for sure’ aku akan jadi imam untuk rumah-muslim aku nanti. Jika tidak solat fardhu pun, aku pasti kena jadi imam untuk solat sunat. Bukankah sebaik-baik tempat untuk lelaki itu adalah dengan berjemaah di masjid.

Aus : “Dan yang pastinya kita menjadi imam untuk diri kita sendiri.

Man : “Benar.

……………………………………………

(Bacalah Al-Quran) dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah. (Hadith riwayat Tirmizi).

Seseorang yang tiada dalam dadanya suatu pun (apa yang dihafaz) dari Al-Quran samalah keadaannya seperti sebuah rumah yang buruk lagi usang. (Hadith riwayat Tirmizi).

Nabi S.A.W menasihati Abu Zhar: Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu (bertemu Allah), bacalah Quran dan zikir kerana itulah cahaya bagimu di dunia. (Hadith riwayat Tobrani).

……………………………………………

Satu perkara yang menyedihkan kerana berapa ramai yang mengatakan bercita-cita menjadi penolong mahupun pejuang bagi agama Allah, tapi tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu tentang kalam Allah ini. Begitu juga bagi penuntut ilmu, yang mana di dalam dada mereka tidak mempunyai dan memiliki hafalan Quran yang kukuh bahkan ada antaranya tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik. Ini merupakan suatu kecacatan yang besar bagi pandangan sesetengah ulama’ lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin memperjuangkan agama Allah.

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran (difahami dan hafaz), maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran (belajar/menghafaznya)? Al-Qamar:17.

Baca Quran

Sumber:mofas.wordpress.com/2009/04/12/kisah-dua-orang-musafir/


0 komentar:

Posting Komentar

Daftar ke PayPal dan mulai terima pembayaran kartu kredit secara instan.
Bookmark and Share
Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)