Rabu, 16 Januari 2013

"Don't be sad, ALLAH is with us"

Assalamualaikum wbt..

Salam syawal buat semua sahabat-sahabat sekalian. Semoga syawal ini masih memberi kita seribu satu keberkatan daripada ALLAH swt. Niat sudah dipansang untuk aku melakukan puasa sunat enam dibulan syawal namun langkah pertama belum pun dimulai. InsyaALLAH, akan dimulai beberapa hari lagi.
Jangan bersedih kerana ALLAH sentiasa besama kita. Disaat kita memerlukan atau tidak memerlukan nya, DIA sentiasa ade bersama kita. Ingatlah sentiasa nikmat yang paling besar yang DIA beri kepada kita, kita masih bisa bernafas di atas muka bumi miliknya..Alhamdulillah. Itu belum termasuk nikmat iman dan islam. besyukurlah kita sentiasa dengan nikmat yang tidak terhingga kurniaan NYA.
Percayakah kita??

Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Jangan sedih apabila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih apabila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih apabila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.
Jangan sedih apabila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tidak pernah mahu memperbaiki diri.
Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali.
Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar...
Senyum lah menghadapi ujian ALLAH, selalu lah berdoa kepadanya, sesungguhnya Dia merindui mu..

Semoga bermanfaat untuk bersama...insyaALLAH. Wassalam.
p/s : Semoga tabah menghadapi dugaan dari ALLAH swt. Al-Fatihah untuk nenek kepada seorang sahabat, teman, kawan dan... ^_^

0 komentar:

Posting Komentar

Bookmark and Share
Ada kesalahan di dalam gadget ini
Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)